Wednesday, May 4, 2016

Senarai 36 Penyakit Kritikal MAA Takaful

Senarai Penuh Keterangan 36 Penyakit Kritikal MAA Takaful

1. PENYAKIT ALZHEIMER/DEMENSIA TERUK 
Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Demensia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik yang tidak boleh pulih. 

Kejadian yang dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Orang Yang Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neurologi. 

Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: 
a. Kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis; 
b. Penyakit psikiatrik; 
c. Kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.

2. ANGIOPLASTI DAN RAWATAN INVASIF LAIN UNTUK PENYAKIT ARTERI KORONARI 
Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten buat pertama kali untuk membetulkan satu (1) atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang dibuktikan oleh angiografi. Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. 

Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada Jumlah Dilindungi di bawah Sijil Tambahan ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000. Kejadian yang dilindungi ini akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Dilindungi di bawah Sijil Tambahan ini, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekali Gus yang boleh dibayar. 


3. MENINGITIS BAKTERIA – MENGAKIBATKAN KETIDAKUPAYAAN KEKAL UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI KEHIDUPAN HARIAN 
Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurangkurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. 

Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Diagnosis hendaklah disahkan oleh: 
a. Seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan 
b. Kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar. 

Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk meningitis viral adalah tidak dilindungi. 

4. TUMOR OTAK BENIGN – KETERUKAN TERTENTU 
Tumor benign dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua keadaan berikut dipenuhi: 
a. Ia mengancam nyawa; 
b. Ia menyebabkan kerosakan otak; 
c. Ia telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi yang kekal dengan symptom klinikal berterusan; dan 
d. Kewujudannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah neurologi dan disokong oleh imbasan MRI, CT atau teknik-teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai. 

Berikut adalah tidak dilindungi: 
a. Sista; 
b. Granuloma; 
c. Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak; 
d. Hematoma; 
e. Tumor di dalam kelenjar pituitari; 
f. Tumor di dalam tulang belakang; 
g. Tumor saraf akustik. 

5. BUTA – KEKAL DAN TIDAK BOLEH PULIH 
Kehilangan penglihatan kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60 atau lebih teruk untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian yang setara dan keputusan tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi. 

6. PEMBEDAHAN OTAK 
Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak) dilakukan di bawah anestesia am. 

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: 
a. Prosedur lubang gerudi (burr hole); 
b. Prosedur transfenoid; 
c. Prosedur bantuan endoskopik atau lain-lain prosedur invasif secara minimum; 
d. Pembedahan otak akibat kemalangan. 

7. KANSER – KETERUKAN TERTENTU DAN TIDAK MELINDUNGI KANSER TAHAP AWAL 
Sebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk leukemia, limfoma dan sarcoma. 

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi: 
a. Semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut: 
i. Pra-malignan; 
ii. Bukan invasive; 
iii. Karsinoma in situ; 
iv. Mempunyai malignan pinggiran (borderline); 
v. Mempunyai potensi malignan; 

b. Semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM); 

c. Semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM); 

d. Semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM); 

e. Leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3; 

f. Semua kanser dengan kewujudan HIV; 

g. Sebarang kanser kulit selain melanoma malignan. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, May 3, 2016

Taubat Banduan Akhir

"Taubat Banduan Akhir" oleh Ustaz Wadi Annuar .


Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah Banduan Akhir. Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat yang menjalani proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka hukuman gantung hingga mati dilakukan pada banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya "Sel Akhir".




Katakanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.


Waktu Hakim baca : 

"Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

Ianya mesti prosedurnya begitu. Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi. 

Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan lutut dia dah tak boleh berdiri dah. 

Sebab apa tuan²? 

Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 3 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi. Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang². 

Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya sentiasa membaca Al-Quran. Bila ustaz agama yang pergi di situ, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata. 

"Saya banyak dosa ustaz". 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya." 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz". 

Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, bersembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak. Banyak mengadu pd Allah SWT. 

Kenapa? 

Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 3 hari. 

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah. Manusia yg tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan². 

Sebab itu di antara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. 

Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua. 

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua. Sebab dia tau untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Tak tau bila nak mati. 

Maka baduan akhir ini pada malam Jumaat, Dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah. 

"Ya Allah aku berdosa di hadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!". 

Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. 

Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50. Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. 

Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi. 

Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu Rahsia Allah. 

Ya benar diaa disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya, tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. 

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya. Tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. 

Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??. 


Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? 


Tak ada apa yg boleh di pesan di ketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ; 

"Maafkan ayah...Maafkan ayah". 

Bila peluk isteri 

"Maafkan abg, Maafkan abg". 

Itu sahaja. 

Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini. 

Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung. 

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT. Wallahua'lam.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Minta Maaf Saya Tak Jadi Ambil Takaful !

" MINTA MAAF SAYA TAK JADI AMBIL TAKAFUL !!! "

Ramai yang bila tak jadi ambil Takaful, mereka minta maaf dengan abg... 

Jangan minta maaf dengan abg...

Tapi,

Minta maaf dengan diri sendiri, pasangan, anak-anak & keluarga...

Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI tinggalkan wang untuk menyara hidup mereka bila saya di panggil mengadap Ilahi...

Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI sediakan wang untuk menyara keluarga bila saya diuji lumpuh, cacat kekal @ mengidap penyakit kritikal, kemalangan dan tiada sumber pendapatan lagi...

Saya TAK JADI ambil Takaful,
Bermakna saya TAK JADI sediakan dana perubatan, bila perlu bayar bil hospital puluhan ribu...




Bila datang saat itu, masih mahu minta maaf dengan ejen macam abg ?...

Sekiranya tak mahu mintak maaf dengan keluarga sendiri, hubungi abg untuk temujanji segera...

0134044072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Beli Takaful Rosak Akidah ?

Kekadang abg jumpa orang yang tak nak beli takaful, atas alasan agama seperti tak mahu bergantung nasib pada takaful. Takut nanti rosak akidah, bergantung pada selain dari Tuhan, katanya.

Lalu abg bertanya...

Abg: "Encik bekerja ke setiap hari?"

Klien: "Mestilah..."

Abg: "Kenapa Encik bekerja teruk-teruk, keluar pagi, balik petang setiap hari?"

Klien: "Eh! Saya ni ketua keluarga. Kena la cari rezeki untuk sara hidup isteri dan anak-anak saya!"


Abg: "Betul cakap Encik. Encik bekerja, sebab nak cari duit, untuk tanggung sara hidup encik dan keluarga. Itulah yang dinamakan USAHA YANG SUNGGUH-SUNGGUH Encik. Apa jadi kalau Encik tak bekerja, tapi serah bulat-bulat pada Tuhan?" 

Tanya abg untuk menguji dia..

Klien: "Err... betul jugak tu, Nak tak nak, saya memang kena kerja jugak, untuk cari duit untuk keluarga. Tak buat apa-apa, doa saja, bukan usaha yang dituntut oleh Islam."

"Hahhh! Faham pun Encik!" Abg masuk mencelah.

"Tapi kalau Encik tak boleh bekerja selama-lamanya, BAGAIMANA? Contoh kalau Encik sakit teruk berpanjangan, sampai hilang keupayaan untuk bekerja?"

Nauzubillah.. mintak dijauhkan, katanya.

"Mintak atau doa saja, tanpa usaha yang sungguh-sungguh, tak akan selesaikan masalah Encik kalau musibah itu berlaku. 

Sebab itu diwujudkan Takaful, Encik. Sebagai persediaan awal kita menghadapi sesuatu musibah. Takaful boleh GANTI-SEMULA INCOME kita yang hilang bila ditimpa bencana musibah sebegitu. Takaful itulah cara usaha sungguh-sungguh yang paling berkesan berbanding cara-cara lain".

Kita ikhtiar dulu sungguh-sungguh, dengan ambil pelan takaful. Qada dan qadar ketentuan yang terjadi, selebihnya kita berserah pada Allah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

MAA Takaful Medical Card Third Party ?

"Hari tu ada agent cakap medical MAA ni medical card third party, tak bagus. Medical card agent tu punya first party".



Ada agent takaful yang memburukkan syarikat lain dengan "fakta'' bahawa medical card third party administration tak bagus.



Ianya adalah auta, bukan fakta.



Ini kerana medical card third party administration diuruskan oleh syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan ke wad hospital pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 sehari seminggu, 365 hari setahun.




Nak masuk wad pukul 2 pagi, 3 pagi ? 

Hari cuti umum ? Sabtu ahad ? 

Tak ada masalah. 

Syarikat operator third party administration beroperasi 24 jam bagi memberi bantuan kemasukan ke wad hospital. Di MAA Takaful, kami melantik MediExpress untuk medical card kami. 

Yang dikatakan first party pula sebenarnya adalah 'in-house' administration. Medical cardnya diuruskan sendiri oleh syarikat takaful tersebut. 

Pernah sekali abg jumpa seorang pesakit yang guna medical card 'first party' ni tak boleh masuk wad. Waktu tu kat emergency pukul 10 malam dan hospital tak dapat proses kemasukkan ke wad sehingga pukul 8 pagi keesokan harinya. Dipercayai polisi medical card beliau ada masalah yang membuatkan beliau terpaksa tunggu esok hari untuk resolve masalah tersebut. 

Jadi, medical card third party ni langsung tiada kena mengena dengan istilah third party dalam insurans kenderaan. Ianya telah disalah tafsir dan dicanang sebagai auta oleh agent yang tak cukup ilmu pengetahuannya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Hati Tertambat Pada Dunia

Sibuk kejar kehidupan dunia?

Wang berguni pun tak cukup!
Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini.

Cemburu orang itu dengan orang ini. Dengki hati jadi mainan.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran lama tak bersentuh, masjid dekat tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu status fb;

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."




Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,

"Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah!!

Sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi kiss emoticon"

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh.

*tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan hati tertambat pada dunia?

Tepuk dada, tanya iman.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

101 Panel Hospital MAA Takaful

Alhamdulillah, 


TAMBAHAN 6 LAGI HOSPITAL PANEL MAA TAKAFUL !

1. KPJ Rawang Specialist Hospital, Selangor
2. Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah
3. Tun Hussein Onn National Eye Hospital, KL
4. UKM Specialist Hospital, KL
5. UM Specialist Hospital, KL
6. Amanjaya Specialist Centre, Kedah




Penambahan 6 hospital panel ini menjadikan keseluruhan jumlah panel hospital MAA Takaful ialah sebanyak 101 hospital panel.


Jumlah hospital panel juga merupakan satu elemen penting bagi kad hospital. Kerana ianya menentukan hospital mana yang boleh pemilik kad takaful akses masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan tanpa tunai dengan hanya menggunakan kad hospital.

Lagi banyak hospital panel kad hospital takaful tuan/puan. Lagi bagus untuk tuan/puan. Kadang-kadang tuan/puan perlu pergi pada satu-satu hospital tertentu sahaja kerana terdapat kepakaran doktor bagi penyakit yang dihidapi.

Apa jadi kalau hospital yang ada doktor pakar yang diperlukan tuan/puan bukan panel kepada kad hospital takaful tuan/puan ? Mestinya ianya akan merumitkan keadaan. Tak akan nak pay and claim pula. Kalau bil setakat RM 100 - RM 200 mungkin tak menjadi masalah. Tapi bil hospital lagi-lagi jumpa doktor pakar, boleh mencecah ribuan ringgit. Tak percaya semahal itu ? Ha, belum kena belum tahu. Dah kena, tepuk dahi 100x pun tak tak guna sebab takaful dah tak terima permohonan orang ada rekod penyakit.

Nak daftar kad hospital ?
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus