Monday, August 5, 2013

Perkhidmatan Salamfone Dihentikan

Notis Pemberitahuan Pemberhentian Perkhidmatan Salamfone Secara Rasmi

Bagi yang tak pernah dengar pasal Perkhidmatan Salamfone, aku nak intro ringkas je pasal Salamfone. Salamfone ni ialah satu perkhidmatan komunikasi (telefon) yang menepati syariah. Lebih kurang macam perkhidmatan komunikasi Maxis, Digi, Celcom dan sebagainya. Cuma kelainan yang dibawa dalam Salamfone ialah setiap yang kita belanjakan dalam menggunakan perkhidmatan Salamfone adalah berasaskan syariah. Kiranya Salamfone ni satu-satunya perkhidmatan mudah alih pertama berasaskan syariah. Terdapat lebih kurang 50,000 pengguna Salamfone berdaftar.

Pada 1 Ogos 2013, secara rasminya perkhidmatan Salamfone dihentikan. Kesemua pengguna berdaftar dengan Salamfone terpaksa berhijrah kepada operator telefon yang lain dengan cara MNP (Mobile Number Portability).

Kenapa Salamfone secara tiba-tiba dihentikan perkhidmatannya ??? Benda ni buat aku tertanya-tanya kerana 50,000 pengguna Salamfone terjejas serta merta apabila telefon pengguna Salamfone memaparkan "Sim not active" dan "Line Disconnected". Walaupun pada dasarnya aku bukan pengguna Salamfone, oleh kerana aku nak sangat tahu apa puncanya, akhirnya aku berjaya mendapatkan cerita sebenar pasal kemelut Salamfone dan Maxis.

Printscreen FB Salamfone dalam menyelesaikan masalah pengguna yang terputus perkhidmatan

Cerita kemelut penutup Salamfone ni panjang, maka aku terus link kan kisahnya kat sini. Kisah kemelut tu diceritakan sendiri oleh orang yang terlibat secara langsung, maka korang boleh baca sendiri ya.

Penutupan perkhidmatan Salamfone secara tiba-tiba nyata mengundang pelbagai masalah:
  • Pengguna - nombor telefon tidak aktif dan tidak dapat digunakan. Rata-rata pengguna tidak mahu menggunakan nombor telefon yang lain
  • Status baki kredit terakhir menjadi tanda tanya kepada pengguna kerana terdapat masalah dalam proses MNP
  • Pengedar - stok kupon tambah nilai yang tidak terjual terpaksa dipulangkan kembali, hilang punca pendapatan bagi pengedar yang 100% menjalankan perniagaan Salamfone
Korang pengguna Salamfone ? Boleh rujuk FB Salamfone di sini.
Kemelut Awal Sebelum Pemberhentian Perkhidmatan

Walaupun panjang lebar ceritanya, tapi bagi aku berbaloi untuk korang baca sebab banyak benda dan fakta yang korang boleh dapat dari cerita kemelut Salamfone dan Maxis. Ok tanak cerita panjang lebar, baca di sini.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, August 2, 2013

Cara Tuntutan Insurans Kereta Akibat Banjir



Kereta rosak kerana BANJIR ? Okay, apa yang korang perlu lakukan.

Meh baca ni, cara tuntutan @ claim insurans kereta akibat banjir.

1. Jika ianya melibatkan kereta tuan/puan, hubungi syarikat insurans tuan/puan. Pastikan tuan/puan sentiasa menyimpan nombor syarikat insurans di telefon bimbit untuk kegunaan masa kecemasan.

Nak bagi tau berita buruk untuk tuan/puan yang terlibat dengan banjir, tuan/puan cuma dibayar untuk liabiliti yang ditanggung dan tidak dapat ganti rugi untuk mengantikan kereta tuan/puan. Bayaran akan dibuat hanya JIKA tuan/puan mempunyai perlindungan banjir "Flood Coverage", maka tuan/puan akan dapat bayaran secukupnya bagi membaikpulih kereta yang dilanda banjir. 

Kalau tak ada ''Flood Coverage" segala perbelanjaan pembaikan kereta, ditanggung sepenuhnya dari poket tuan/puan. Tak dapat la nak claim reimbursement semula.


2. Ambil gambar kerosakan kereta tuan/puan, terutama jika kereta tuan/puan tenggelam. Sebolehnya pastikan gambar yang diambil menampakkan nombor plat kereta tuan/puan.


3. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakan kerosakan yang lebih teruk. Jika tingkap atau cermin kereta pecah, tampalkan kadboard atau plastik pada lubang yang terbuka. SIMPAN segala RESIT yang tuan/puan bayar untuk baikpulih kereta tuan/puan.


4. Jangan cuba menghidupkan kereta tuan/puan jika ianya tenggelam. Ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius. Tuan/puan boleh tahu kereta tenggelam atau tidak dengan memeriksa seat kereta dan karpet kereta. Jika basah, confirm tenggelam.


5. Periksa penapis udara di bahagian enjin kereta. Jika penapis udara basah, JANGAN cuba hidupkan kereta. 


6. Tuan/puan perlu towing kereta ke bengkel profesional untuk baikpulih. Jangan jemur kereta dengan cara sendiri seperti menggunakan kipas atau dryer kerana itu tidak memadai. Jangan panaskan kereta tuan/puan secara berlebihan kerana kereta tuan/puan ada tangki minyak petrol ! 


7. Berhati-hati dengan gejala kerosakan kereta yang mengalami masalah banjir. Sistem elektrik yang basah dan terkena air boleh menyebabkan masalah kepada kereta dan membahaya keselamatan tuan/puan jika memandu kereta tersebut. Kereta moden banyak guna sensor sistem elektrik, hybrid dan sebagai. Contohnya kalau guna sistem stering kuasa elektrik, bayangkan tengah tuan/puan driving, berlaku 'short' pada sistem stering, buruk akibatnya.



8. Jika air banjir masuk ke dalam enjin atau cabin kereta, tuan/puan perlu bersedia untuk keadaan yang lebih teruk lebih-lebih lagi jika tidak ada perlindungan insurans flood coverage. Silap hari bulan kereta tuan/puan boleh jadi TOTAL LOSS dan perlu kerap menziarahi bengkel kereta selepas pembaikan. 



Itu je info yang abg ada untuk kongsikan dengan tuan/puan. Anyway abg tak terlibat dalam industri insurans am (insurans kereta ni). Kalau nak tanya pasal takaful kesihatan, life takaful, boleh la contact abg. 

Cari insurans untuk peribadi ? 

Boleh contact abg atau add facebook kat sini untuk info lanjut berkaitan takaful medical card, takaful life dan takaful kemalangan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, August 1, 2013

Tangani Masalah Kebocoran Kewangan

Hampir kesemua daripada kita mengalami masalah kebocoran kewangan. Apa yang dimaksudkan dengan kebocoran kewangan ? Okay, kebocoran kewangan ialah satu masalah di mana jumlah perbelanjaan adalah melebihi daripada jumlah pendapatan.

Puncanya? Dalam hal kebocoran kewangan, terdapat banyak punca yang boleh dikenalpasti. Antaranya ialah kenaikan harga barangan keperluan yang tak setara dengan kenaikan pendapatan. Cuma korang renungkan sendiri, kita ambil contoh harga hartanah perumahan semakin tahun semakin meningkat padahal gaji yang kita terima kenaikannya pula hanya cukup-cukup makan. Padahal korang dah bekerja sebulan dengan penuh 'rajin', bagi yang berkeluarga pula, kedua-dua pasangan keluar bekerja untuk menyara perbelanjaan bulanan tapi masih tak mencukupi !

Itu masa kita hidup dah bocor kewangan, apatah lagi kalau kita dah meninggal dunia nanti. Apa bakal berlaku pada keluarga kita ? Di bawah ini adalah analisi keperluan kewangan untuk satu keluarga berpendapatan sederhana dan aku telah senaraikan 3 alternatif yang korang boleh pilih bagi mengatasi masalah kebocoran kewangan.




3 Alternatif Bagi Menampal KEBOCORAN Keperluan Tunai Semasa Meninggal
Mana pilihan korang ?

PERTAMA
Meminjam sejumlah wang berkenaan iaitu RM 90,000 dan membayar bulanan beserta dengan bunganya sekali.

KEDUA
Lebih murah dan pantas untuk menghasilkan wang tunai RM 90,000 tanpa meminjam ialah dengan mengwujudkan satu tabungan insurans sebanyak RM 90,000.

KETIGA
Berserah kepada takdir dan berdoa supaya pasangan boleh berkahwin sekali lagi atau bekerja fulltime untuk menyara kedua-dua anak. Ataupun bergantung kepada simpati orang ramai dan sanak saudara.

*Dipetik dari buku Pilihan Pelabur Bijak terbitan PNB & ASNB halaman 36:mengurus kewangan




"Renung-renungkan dan laksanakan tindakan"

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Berbaloikah Insurans Company ?

Okay, ramai di antara kita yang ada insurans company pastinya akan menolak untuk memiliki insurans peribadi. Kenapa ? Alasannya semua company dah cover semuanya. Ye ke tu ...... ?

Waktu kita masih sihat walafiat ni, kita kerja bagus dengan company bertahun-tahun lamanya boleh la kita dikategorikan sebagai ASET company.

Tapi andai kata kalau kita ditimpa penyakit, dan penyakit tu membuatkan kita terpaksa MC, tak datang kerja untuk satu tempoh yang lama dan berterusan, persoalannya adakah company kita akan tanggung kita selamanya yang mana sekarang ni kita dah jadi LIABILITI kepada company tersebut ?

Korang fikirlah sendiri ya. Melainkan company yang kita kerja tu hak milik keluarga kita sendiri hehehe.. Kat bawah ni aku nak share printscreen dari salah seorang wakil perunding MAA Takaful pasal kes sebenar berkenaan insurans company.


Amacam ? Masih belum terlambat untuk korang memiliki insurans peribadi.

Roger² je aku untuk dapatkan qoutation pelan takaful yang sesuai dengan bajet korang. Dan pastinya korang akan dapat yang TERBAIK.


Boleh add aku kat facebook untuk tanya apa jua.

Wakil Perunding MAA Takaful - 013-404 4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, July 22, 2013

Rahsia Pengurusan Simpanan & Kewangan



Tiap bulan dapat je gaji, kita akan simpan sikit duit. 
Ada yang menyimpan dalam ASB. Ada yang masuk Tabung Haji. 
Melabur dalam hartanah dan pasaran saham. 
Tak kurang juga ada yang melabur dengan membeli emas dan perak. 


Bukan hendak menafikan kehebatan pulangan simpanan dan pelaburan yang anda telah buat. Tetapi, adakah simpanan dan pelaburan anda setiap bulan tu dah lengkap sempurna ? 


Ha, nak tahu dah sempurna ke belum, download rahsia pengurusan simpanan di sini percuma 


Insya Allah anda akan dapat satu ilmu pengurusan kewangan yang belum pernah anda ambil peduli selama ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda dan keluarga. 


Kongsikan kepada saudara2 dan kawan2 yang lain kalau korang rasa ianya bermanfaat.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 4, 2013

Checklist Ramadhan

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kita mula melangkah masuk ke bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak.


Kali ni aku nak kongsikan checklist Ramadhan 2013 untuk manfaat bersama. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita dengan peningkatan amalan yang lebih lagi berbanding tahun sebelumnya.

Pastikan tahun ini kita mengejar Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.



Sama-sama la kita berdoa semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun-tahun akan datang.

SELAMAT BERPUASA SEMUA !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, June 27, 2013

Pengajian Jarak Jauh - PLK Blended UiTM

Mencari ilmu adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Kita seharusnya berlumba-lumba dalam mencari ilmu, bukan sahaja terhad kepada ilmu duniawi, malah juga ilmu ukhrawi.


Ok post kali ini aku nak cerita pasal ilmu dunia yang boleh korang miliki dengan keazaman dan semangat yang tinggi lagi kental. Kalau korang bercita-cita untuk memiliki segulung ijazah atau diploma secara santai dan separuh masa, korang boleh mendaftar sebagai pelajar PLK (Program Pengajian Luar Kampus) Blended UiTM. Program ni khas untuk korang yang bekerja dan takde masa yang banyak untuk datang kelas setiap hari.

Apa yang menarik tentang program pengajian jarak jauh ni ialah korang hanya perlu datang 7 kelas/seminar setiap semester. Kelas/seminar ni pulak diadakan pada hari sabtu dan ahad, tertakluk pada jadual subjek yang korang pilih, dan dilaksanakan 2 kali sebulan. Hah, enjoy dan rileks. Setiap kelas/seminar adalah selama 2 jam. Bermakna satu subjek korang cuma bertemu face to face dengan lecturer selama 14 jam aje. Lepas tu terus duduk final exam. Hah, hebat tak study PLK Blended ?? Hehehe


Oleh sebab interaksi dalam kelas/seminar hanya 7 kali satu semester, dah tentunya masa pertemuan face to face yang singkat akan membataskan sesi pembelajaran dan pengajaran kan. Tapi takpe, UiTM ada menyediakan laman iClass yang korang boleh log in dengan internet (PC,Laptop,Smartphone) untuk sesi pembelajaran secara maya. Kira lebih kurang macam forum, tapi lebih kepada perbincangan dan diskusi ilmiah dan akademik.

Bersesuaian dengan nama pengajian jarak jauh "Blended", korang adalah dikehendaki untuk menyediakan diri dengan subjek dan topik yang berkaitan sebelum datang kelas/seminar. Pensyarah korang takda masa yang cukup kalau nak ajar semua topik dalam satu semester dalam masa 14 jam pertemuan. PLK Blended ni korang kena banyak study sendiri, bila tak faham sesuatu perkara korang kena bincang dan rujuk dalam iClass.


Pada pendapat aku, seronok belajar secara pengajian jarak jauh dengan program PLK Blended ni. Aku sendiri dah masuk semester ke-2 Program PLK Blended Ijazah Perakaunan. Daripada aku tak buat apa hari Sabtu dan Ahad, sekurang-kurangnya ada program ilmu yang aku boleh pergi. Cukup waktu, dapat segulung ijazah :)

Rugi kalau korang tak sambung pengajian. Biarpun korang dah bekerja dan ada duit, mencari ilmu di amat dituntut. Banyak perkara yang boleh kita belajar selain secara tak langsung memajukan akal fikiran dan kehidupan kita. 

Dulu lepas diploma aku tak terus sambung ijazah sebabnya gaji aku lepas diploma dah lebih dari apa yang aku harapkan :) Tapi bila usia dah dewasa ni baru la aku sedar aku kena majukan ilmu disamping menjana pendapatan. Kan balance gitu hehe

Kepada korang yang nak memohon pengajian jarak jauh secara PLK Blended UiTM, boleh terus memohon sepanjang masa kat sini: http://ined.uitm.edu.my/


Korang yang nak sambung belajar, ni pesan aku :


  • Kuatkan semangat sebab korang buat partime jangan sangkut setengah jalan
  • Takda apa yang mustahil kalau nak pointer tinggi macam pelajar fulltime. Malas nak tunjuk result aku, nanti korang tak percaya hahaha
  • Hati kena kental datang kelas/seminar Sabtu/Ahad sebab korang kena tinggalkan jemputan kenduri kendara yang jatuh pada hari yang sama dengan kelas/seminar. Rugi woo lau miss kelas/seminar
  • Jangan hangat-hangat taik ayam, buktikan semangat korang tu lebih hangat dari taik ayam :D
  • Buat persediaan sebelum datang kelas/seminar. Kalau korang datang dengan otak kosong, balik pun gerenti kosong hahaha :D
  • Rajin-rajin log masuk iClass untuk tengok perbincangan akademik
  • Dan... Korang mesti ada internet.. Tak kira la internet rumah ke, ofis punya ke, mesti ada. Kalau xde, camne nak log iClass :P
Secara umum, belajar sepenuh masa or berkerja sambil belajar semuanya menuntut komitmen yang tinggi. pengurusan masa amat penting dan cara belajar. Apa yang paling penting apa niat kita sambung belajar dan kemana halatuju kita dan kena kuat semangat jika nak berkerja sambil belajar.

"Percaya pada diri sendiri daripada percaya pada cakap orang"

UPDATE 19 SEPTEMBER 2016

Secara rasminya telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dengan mata akhir CGPA 3.70

Alhamdulillah

Intake June 2012, Complete Jun 2016
Hampir 4 tahun

One Step Ahead

Mini Transkrip UiTM




Gambar keluarga konvokesyen.
Pada Julai 2017, ibu saya telah pulang ke Rahmahtullah. Sesiapa yang masih membaca post ini, doakan untuk Allahyarhamah ibu saya ya 

“Allahumma firlaha warhamha wa`afihi wa`fu`anha”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus