Monday, October 13, 2025

Takaful Hibah Untuk Pemohon Yang Berpenyakit



Kelebihan Pelan SureCover
  • Mohon & confirm lulus
  • Pemohon dengan masalah obesiti dan apa juga rekod penyakit, rekod pembedahan pun diterima masuk
  • Tidak perlu laporan perubatan & medical checkup
  • Caruman mampu milik serendah 150
  • Boleh hibahkan manfaat kepada keluarga (ibu bapa, pasangan, anak dan sesiapa sahaja yang dihajati)
  • Boleh juga diwasiatkan pada keluarga untuk khairat kematian, selesaikan hutang, buat tujuan dana wakaf dan mengerjakan upah haji
  • Ada nilai tunai (cash value) apabila sijil matang

Manfaat hibah takaful bagi kematian semua sebab termasuk kematian kerana penyakit sedia ada dan manfaat berganda untuk kematian kerana kemalangan.

Contoh lelaki pesakit jantung umur 40
Meninggal biasa, manfaat RM 105,408
Meninggal kemalangan, manfaat RM 527,000
Caruman bulanan hanya RM 300

Manfaat kematian RM 105,408 tu boleh dimanfaatkan keluarga untuk pelbagai tujuan, sebagai contoh buatkan upah haji, membayar fidyah puasa, menyelesaikan hutang jika ada, menyara ahli keluarga yang masih hidup dan pelbagai lagi tujuan serta kegunaan keluarga.

Insyaallah tak rugi menyertai pelan ini untuk hibah keluarga





Kalau ada kawan-kawan, saudara mara, keluarga yang ada penyakit tapi tak ada pelan takaful lagi, abg rekemen sangat ambil pelan ni.

Berminat untuk memohon atau ada pertanyaan lanjut boleh roger abg okay. Whatsapp di bawah ini



Tuesday, June 3, 2025

Kenaikan Caruman (Repricing) Kad Perubatan Zurich Takaful

 


Bermula 1 Julai 2025, surat kenaikan caruman (repricing) atau surat pengkadaran semula akan mula diedarkan kepada pelanggan kad perubatan Zurich Takaful yang terlibat. Notis kenaikan diedarkan 90 hari sebelum kuatkuasa kenaikan caruman kad perubatan pelanggan.

Produk kad perubatan yang terlibat dengan kenaikan ;

  • Smartmedic 200
  • Medica 2015
  • Medica 2016
Kenaikan caruman ini adalah penting bagi menampung kos tuntutan perubatan yang kian meningkat di kalangan pemegang polisi sedia ada. Pelanggan yang terlibat dengan kenaikan ini boleh mendapatkan dan mengakses surat kenaikan caruman melalui portal MyZurichLife masing-masing.

Bagi mendapat maklumat lanjut, para pelanggan boleh berhubung dengan agent Zurich Takaful masing-masing.

Peta Minda Hukum Tajwid (Updated)

Peta Minda Hukum Tajwid yang dikemaskini untuk rujukan pantas dan mudah diingati.

Klik gambar untuk imej lebih besar. 




Friday, May 23, 2025

Pertukaran Third Party Administration (TPA) Zurich Takaful : IHP (lama) kepada MiCare (Baru)

 


Berkuatkuasa 15 April 2025, Zurich Takaful telah menukar perkhidmatan Third Party Administration (TPA) kepada MiCare. Sebelum ini TPA yang digunakan adalah IHP. MiCare akan menguruskan urusan tuntutan kad perubatan pelanggan Zurich Takaful bermula 15 April 2025.

Pelanggan Zurich Takaful yang memiliki KAD PERUBATAN boleh memuat turun applikasi Zurich MyMed untuk mengakses kemudahan eKad Perubatan secara atas talian.



Tuesday, May 6, 2025

Senarai Hospital Panel Zurich Takaful (2025) - MiCare

Senarai 156 hospital panel medical card Zurich Takaful - Micare tahun 2025